Wednesday, August 5, 2009

PERCUMA Skin Care Class & Make-Up

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Beauty Consultant Mary Kay sedang mencari orang ramai yang boleh meluangkan sedikit masa untuk mengetahui tentang cara penjagaan kulit (bagi yang mementingkan penjagaan kulit terutama kulit yang bermasalah) dengan teknik pencucian muka dengan betul dan juga teknik make up (bagi mereka yang sukakan kecantikan) dengan menggunakan produk Mary Kay secara PERCUMA. Anda akan merasai sendiri produk ini dengan menyentuh kulit muka anda sendiri. Kebanyakan yang menggunakan produk ini sangat berpuas hati. Produk untuk penjagaan kulit yang akan digunakan adalah :



1. CLEANSER
2. MASKER
3. FRESHENER
4. MOISTURIZER
5. FOUNDATION
6. MAKE UP

Beauty Consultant membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk semua golongan samada pelajar, bekerja ataupun suri rumah tangga. Anda tidak perlu kemana-mana, hanya dengan membuat panggilan atau sms untuk temujanji dan Beauty Consultant yang akan datang ke rumah / pejabat anda. Jangan rasa malu-malu. Ini adalah untuk kebaikan anda juga dan menganggap sebagai teman rapat anda yang begitu prihatin tentang kecantikan anda.



Sebagai tuan rumah / pejabat, adalah lebih menyeronokkan jika anda dapat berkongsi dengan menjemput 2-3 orang kawan-kawan / jiran-jiran / saudara mara. Sebagai tuan rumah juga anda akan diberikan satu hadiah (gift) yang istimewa daripada Beauty Consultant. Jangan lepaskan peluang ini kerana perkongsian ini adalah percuma. Beauty Consultant hanya ingin berkongsi pengalaman anda selepas anda menggunakan produk Mary Kay.





*Bagi sesiapa yang ingin membuat secara berseorangan juga tidak menjadi masalah ;)
Jangan ragu-ragu, ianya adalah benar-benar percuma. Sesiapa yang berminat atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut boleh menghubungi Beauty Consultant anda.


Pn Anieda 012-9068631
yusnieda_mohamad@yahoo.com.my


* Memandangkan Anieda masih lagi part time dalam dunia Mary Kay, jadi masa Anieda begitu terhad. Anieda hanya flexible pada hari Sabtu atau Ahad. Bagi sesiapa yang ingin buat temujanji di pejabat, hanya di kawasan Shah Alam sahaja. Bagi sesiapa yg ingin buat temujanji di pejabat di kawasan Lembah Klang pun boleh juga cuma perlu diberitahu 3-4 hri lebih awal..=))

Join Mary Kay 16/05/2009

Alhamdulillah, anieda telah join bersama dengan Mary Kay pada Sabtu 16/05/09...satu hari lagi genap umor 30 thn.. sejak anieda join dengan Mary Kay, ada banyak perubahan yang berlaku dalam sekelip mata...tetapi dugaan yang cukup banyak membuatkan anieda perlu tabah dan redha dengan ketentuan Allah..mmg tekad dlm umor 30thn mmg mahukan satu perubahan dlm diri sendiri, suami dan anak2 serta keluarga...

Salam Perkenalan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Buat tatapan semua...anieda ingin berkongsi dengan kwn2 smua tentang perubahan dlm diri anieda sejak masuk di dalam bidang kecantikan. Sebelum ni x pernah terlintas di kotak pemikiran ni nk jadik selain dari akitek (x sampai lg nk jadik btul2 akitek..hehehhe)...walaupun dh ada perkejaan yg tetap dan stabil..tp masih lg blum berpuas hati dgn pencapaian atau matlamat diri sendiri yg nak kan challenge dlm hidup...

Walaupun dah berkahwin dan ada anak 3 org, bisalah....memerlukan extra income dgn memikirkan kos skrg sungguh melonjak naik...tp anieda x salahkan keadaan yg Allah dh tentukan....bersyukur sgt dpt suami yg soleh dan memahami dan juga anak-anak yg sihat dan comel..